YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan Menerima Kunjungan Hormat Daripada Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Dan Mengadakan Lawatan Tapak Ke Projek Pembangunan Sukma Kelantan 2028 di Kompleks Sukan Bukit Merbau



16 April 2026/ 27 Syawal 1447H : Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KSU KBS) ke atas YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan bertempat di Pejabat SUK Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim.
Turut menyertai rombongan YBhg. Dato’ KSU ialah YBrs. Puan Azura binti Abidin (Ketua Pengarah JBSN), En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali (Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS) dan En. Mohd Saipuddin bin Zakaria (Pengarah JBSN Kelantan). Manakala pihak pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan turut disertai oleh YBhg Dato’ Hj Azi Rahimee bin Hj Mohamed Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Kelantan dan YBhg Dato Sr. Hj Zamri bin Ismail, Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK.
Pertemuan strategik ini memberi tumpuan khusus kepada persiapan menyeluruh bagi temasya SUKMA 2028, termasuk status pembangunan infrastruktur sukan di Kelantan dan juga tanda penghargaan bagi memperkukuh ukhuwah antara delegasi kementerian dan pihak pentadbiran kerajaan negeri.
YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan bersama YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KSU KBS) seterusnya mengadakan lawatan tapak Projek Pembangunan SUKMA Kelantan 2028 di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh.
YBM Tengku Kaya Perkasa dan YBhg Dato’ Ketua Setiausaha KBS menerima taklimat daripada penguasa projek dan juga kontraktor yang terlibat. Lawatan bertujuan menilai kemajuan semasa projek dan mendapatkan Gambaran keseluruhan perancangan Pembangunan fasiliti sukan yang sedang dibangunkan serta mengetahui isu kelewatan yang ada.
Lawatan tersebut turut disertai oleh YB. Zamakhshari Bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.






