02 Ramadhan 1447H/20 Februari 2026 (Jumaat)
Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu: Seramai 100 orang asnaf dari jajahan Kota Bharu telah menerima sumbangan zakat dari Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan (MOB) yang berlangsung selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Muhammadi. Setiap penerima menerima sumbangan tunai yang disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan selaku Yang Dipertua MOB.
Turut hadir di...
Isnin, 16 Februari 2026:Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan selaku pengerusi Yayasan Sultan Kelantan (YSK) telah mengadakan lawatan ke tapak projek pusat hemodialisis yang sedang dalam pembinaan di Lot PT 1410, Mukim Ketereh Timur, Daerah Pangkal Kalong, Jajahan Kota Bharu.
Turut serta dalam lawatan tapak tersebut adalah YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat Mantan...
15 Februari 2026(Ahad) :
YBhg Dato’ Seri Azman bin Ibrahim,Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr.Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan di Aras 4 Mabna MBI,Kompleks Kota Darulnaim. Hadir bersama adalah YBhg Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) dan YBrs Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya serta pegawai-pegawai Kementerian Kerja Raya.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pengambil alihan tanah dan...
15 Februari 2026 (Ahad) bersamaan 26 Syaaban 1447H – YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan merangkap Yang Dipetua Majlis Orang-Orang Besar D’ Raja Kelantan telah hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Ramadan MOB di Jajahan Kota Bharu. Majlis ini telah berlangsung secara serentak di seluruh 10 jajahan Negeri Kelantan dan dihadiri oleh ahli-ahli MOB, Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jajahan, PUSANITA Cawangan Negeri Kelantan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.
...
06 Februari 2026/18 Syaaban 1447H : Majlis Makan Malam Apresiasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) Tahun 2026 telah berlangsung di Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua warga kerja serta pesara Pejabat SUK Kelantan.
Majlis telah disempurnakan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan. Turut hadir adalah YB. Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri, YBhg. Dato’ Timbalan SUK (Pembangunan), YBhg. Dato’ Timbalan SUK (Pengurusan), Ketua-ketua...
2 Februari 2026 –Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Bin Tengku Feissal menegaskan bahawa tahun 2026 merupakan tahun pengukuhan iltizam dan keberanian untuk berubah, dengan seluruh penjawat awam negeri digesa memperkukuh integriti, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian serta melaksanakan reformasi perkhidmatan awam secara berkesan.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2026, sambil memaklumkan prestasi kewangan negeri menunjukkan pemulihan positif hasil pengurusan fiskal yang berdisiplin...
Puan Halimatusaadiah binti Ramli@Mohd Shah selaku Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kelantan bersama Pegawai Pendaftaran dan Penolong Pegawai Pendaftaran telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBM Tengku Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan pada hari Ahad, 27 Januari 2026.
Pertemuan tersebut membuka peluang perkongsian berkaitan fungsi JPN Negeri Kelantan dan mengeratkan hubungan antara agensi berkenaan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
YBM Tengku Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kelantan pada hari Ahad, 27 Januari 2026.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah MOTAC Kelantan Puan Nor Aliza binti Baharuddin, bertujuan mengeratkan perhubungan sedia ada antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan MOTAC melalui jalinan kerjasama berunsurkan pelancongan dan kesenian.
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) diketuai oleh Pengarah Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr Ab Rahman Izani Ghani@Ab Ghani telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan pada hari Ahad, 27 Januari 2026.
Turut hadir bersama dalam kunjung hormat YBhg Dato’ Pengarah HPUSM adalah timbalan pengarah-timbalan pengarah HPUSM.
Pertemuan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara HPUSM dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan disamping membincangkan ruang dan peluang menjalinkan Kerjasama strategik.
...